Wednesday 30 May 2018

Interview JPA-MARA

This story occurred last year. I felt more comfortable to write it for myself, but somehow, I wanted my writing to be others' references just like me who loved to read others' blogs as references.

___________________________________________________________________________________

Assalamualaikum.
Seperti yang kalian tahu (atau tak), 5/4/2017 haritu aku ada interview untuk JPA-MARA. Bertempat di KYS Bussiness School Ayer Keroh Melaka. Well, selepas a few mistakes yang aku telah buat, hati aku sudah tidak terlalu mahukan scholarship tu. Salah satu sebabnya adalah course yang aku mintak tu tak berapa aku paham dan entahlah. Taknak ke luar negara mungkin. Muahahaha.
Disebabkan Muar/Tangkak ni dekat je dengan Melaka, so aku dengan family aku bertolak pukul 6:45 pagi. Plan asal nak pergi pukul 6:30 pagi, tapi biasalah, kami ni bangsa Melayu hahahaha. Sebenarnya tetiba pagi tu kucing kat rumah aku berak pulak hadoiii. Busuk tahu. Dengan dah pakai cantik2, aku pergi buang taik kucing tu. Pehh. Nampaknya kisah ni macam tiada kaitan dengan tajuk di atas. Kahkah.
Anyway, disebabkan google maps led kami sekeluarga ke tempat yang salah, kami lambat a few minutes. Rupanya ramai jugak yang sesat ke tempat yang sama. Tragik betul. Aku masatu dah redha sangat2 kalau kena halau in case terlalu lambat ke kan. But, nope. Aku sampai sana ramai yang dah sampai tengah tercongok kat luo bangunan tu. Tengah tunggu untuk dipanggil masuk. Oh ya. Pakaian masatu bukannya baju kurung kemeja bagai, tapi baju tshirt, tudung warna gelap dengan kasut sukan. Nak lebih santai katanya. Lulz.
Bila dah dipanggil masuk, kami pun masuk dan disuruh untuk duduk ikut kelompok yang dah ditetapkan dalam senarai yang diberi. Urusetia terus mintak segala dokumen yang telah disuruh. Sikit aje dokumennya, ada yang kena bawak original punya, dan ada yang kena yang copy version je. That’s all. Tak payah susah-susah nak masukkan dalam fail bagai sebab nanti dia mintak kertas sahaja. Means nanti kita bagi, dia akan klipkan aje. No worries. Ada kenalan baru aku terlupa nak bawak slip SPM yang ori punya, tapi urusetia tu kasi dia fax/email kan aje sebelum pukul berapa entah. See? Ada tolak ansur disitu.
K. Then, ada sesi ice-breaking. Berdiri dalam barisan ikut nombor. Nanti dia bagi tag number dan gantung kat leher macam rantai gituu. Ice-breaking : carik orang yang pakai jenama phone sama, negeri sama, jenis sekolah sama dan etc. Aku tak rasa sangat yang the ice was totally broken sebab aku masih tak kenal diorang wahahahah. Cuma nervous tu hilang ah.
Masatu ada 2 kelompok. Satu kelompok ada lebih kurang 30 orang. So total up mungkin ada 60++ orang. Dari 30 orang tu, dipecahkan lagi kepada 4 kumpulan kot. Tak ingat dah hahahha. Setiap kumpulan dipanggil untuk sesi interview. Contohnya macam kumpulan aku masatu ada 8 orang. Masuk dalam satu bilik tu yang 2 orang interviewers - lelaki dan perempuan. Kiteorang kena duduk depan diorang. Fuhh, masatu memang dedor giler wehhh. Palpitation sangat tau hahaha. SO, they started their first question but unfortunately, none of us that familiar with the term in their question. Hahaha. So, they proceeded to the next questions. 
Soalan kedua pasal deforestation. Masatu tak siapa yang volunteer dulu. So, randomly the interviewers chose among us. Masatu aku dah ada point tapi diorang tak layan aku bila aku angkat tangan. Then, bila time aku, idea aku banyak kena kebas dah. Hahahaha. Sokay ar, sis tabah. Lepastu, dalam dua ke tiga soalan selepasnya lebih menjurus kepada :
😏“Kenapa nak sangat scholarship JPA-MARA ni?” dan
😏“Apa sumbangan yang korang akan buat lepas habis belajar?” or 
😏“Kenapa pilih course tu/negara tu?”
Apa yang kelakar adalah, ada certain soalan tu dia tanya in english. Semua bebudak ni jawab in english. Time turn aku, aku tanya dulu boleh tak kalau nak cakap in malay je. Interview yang perempuan tu kata “Try to talk in english”. Ok fine. Hahahaha. Habis dengan point main hentam, english main belasah, nak cakap wawasan 2020 in english pun tak tahu!!! HAHAHA. Mujur teammate duduk sebelah aku masatu ada tolong bagitau term in english yang aku gagap-gagap sangat tu hahahaha.
Lepastu, sesi soalan berkaitan tu habis, dia ganti soalan umum. Macam:
😏“Macam mana nak kekalkan semangat patriotik kalau duduk luar negara?” – soalan ni aku first angkat tangan. Gituuu semangat kau! Hahahaa. Walaupun interviewer perempuan tu nak cuba psycho aku balik, aku berjaya patahkan balik. Wahahahah. (mungkin yakin sangat sebab boleh jawab in malay. kah!)
😏“Islam dipandang sebagai agama yang ganas. Macam mana nak atasi bila di negara orang?” – Hambek! Soalan ni pun aku yang jawab dulu hahahaha. Aku ambik point yang aku dapat dari drama Nahu Rindu lakonan Aeril Zafrel dengan Umi Nazeera. Bangga I. Hoho.
Alhamdulillah. Sesi tu tamat jua akhirnya.  Kiteorang kembali ke bilik asal dan sementara menunggu sesi seterusnya, dengolah abang JPA tu cerita serba sedikit pasal liku2 kalau nak scholarship, cabaran bila buat persediaan nanti, dugaan masa kat luar negara dengan masalah penerima JPA yang decide untuk stay kat luar negara blah blah blah. 
Tak lama lepastu, kumpulan aku dipanggil untuk sesi seterusnya. Time ni, 2 kumpulan terlibat. Kena buat presentation. Aduhhh. Memang aku malas ah. Tapi kenalah ambik peranan jugak. Tajuk umum pasal ekonomi. Kumpulan aku dapat soalan lebih kurang begini bunyinya, “Langkah-langkah untuk memastikan ekonomi negara terus maju” – in english k. Dengan gambar TN50. Time discussion tu memang aku banyak diam ah sebab aku tak tahu ape2!! Menyesal pulak rasanya tak ambik tahu pasal isu semasa berkaitan ekonomi ni. *slap face* Memang aku redho gile time ni. Kumpulan lagi satu dapat tajuk, “Wajarkah graduan yang fresh minta gaji yang tinggi dalam pekerjaan?” – banyak jugak point diorang dapat. Ngelat ah gitu. Hehe.
Tibalah masa untuk present. Turn aku kejap je. Pasal BR1M. Itu jelah yang aku mampu. Wahaha. Pastu, habis present, kumpulan lagi satu attack kumpulan aku dengan soalan. Fuhh. Bukan aku yang jawab, aku pulak yang nervous lebih2. Adore betul dengan budak laki tu sebab  boleh jawab dengan jayanya, Syabas! HAhahaha. Kumpulan seterusnya pulak present. English diorang fluent betul. Tak tergugat langsung. Cehh.
Akhirnya, tamat juaaa. Aku keluar dengan gembiranya walaupun tak perform sangat sebab aku lapo giler dan hausss. HAhahaha. Ambik gambo gitu gini dengan bebudak ni, terus aku blah dan terus ke Mydin. HAHAHAHA. 
Begitulah. Seriously, aku tak berapa mengharap. Sebab course nya aku tak minat. So, that’s it. Pada kalian yang nak sangat2, buatlah yang terbaik. Itu sahaja cerita dari aku.
Assalamualaikum.

___________________________________________________________________________________

Okey. Itu cerita tentang interview. FYI, aku memang taknak scholarship tu. Memang taknak betul. Sebab utama, aku decided yg aku taknak belajar luar negara. Selain tu, aku takut aku tak cukup kuat untuk hadapi kesusahan seperti yg diceritakan oleh abg fasi. DAN, aku taknak course tu. Science and Technology to be exact. Kat jepun. Apparently, aku dan physics tak berapa ngam. LOL.

Tapi ini based on pedirian aku ya. Kalau kalian memang bertekad nak ke luar negara, teruskan cita-cita anda okey!

Hasil daripada interview tu, AKU MEMANG TAK SANGKA GILER. Dengan tak performnya masa oral interview, aku DAPAT woi offer scholarship tu. MasyaAllah. Tapi sebab memang aku dah tekad taknak, so aku terpaksa tolaklah hehe. Setakat ni, memang tiada penyesalan lah.

Thanks for reading!😃